Di negara India, terdapat satu suku kaum yang diberi nama kaum Apatani. Mereka tinggal dikawasan kawasan tanah tinggi Apatani. Mereka dikhabarkan maju dan hebat dalam mengusahakan pertanian (nama pun “Apatani”) dikawasan berbukit, tanpa bantuan binatang mahupun jentera moden. Satu perkara yang menarik tentang kaum ini adalah wanitanya mempunyai satu tradisi yang aneh, iaitu menyumbat hidung.
Ironi disebalik tradisi ini adalah asalnya wujud kerana wanita Apatani adalah dianggap wanita paling cantik dan perkampungan mereka selalu diserang oleh puak lain disekitar pergunungan Aracial untuk menculik mereka. Oleh sebab itu, mereka menyumbat hidung mereka atas alasan untuk membuatkan mereka kelihatan tidak menarik lagi. Mereka juga mentatu wajah mereka dari hujung dahi hingga ke dagu. Walaubagaimanapun, tradisi ini kian pupus seiring perkembangan zaman.







No comments:
Post a Comment