Thursday, December 6, 2012

Cleopatra VII dari Mesir

Cleopatra Ptolemy VII atau Cleopatra VII Thea Neotera atau Cleopatra Philopator dikenali sebagai wanita paling bahaya dalam sejarah, wanita yang telah memikat lelaki paling berkuasa di dunia, iaitu Julius Caesar ( Gaius Julius Caesar- seorang ahli politik, Jeneral Rom & penulis yang memainkan peranan penting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom ) dan Marcus Antonius @ Marc Antony ( Juga merupakan ahli politik dan Jeneral Rom, beliau merupakan penyokong penting Julius Caesar sebagai Jeneral dan pentadbir). Opps ! jangan fikir yang bukan- bukan, baca sampai habis dulu. 

Salahsilah keluarga
Baginda berketurunan Yunani, bukan Mesir. Dilahirkan pada awal 69 S.M., anak ke-3 daripada 6 adik beradik dan lahir di kalangan Dinasti Ptolemaik Yunani. Baginda mempunyai 2 orang kakak dan seorang adik perempuan serta 2 adik lelaki. Baginda dilahirkan dan dibesarkan di bandar Iskandariah (Alexandria) iaitu bandar terbesar dan termewah ketika itu. Keluarga Cleopatra tidak aman akibat tekanan dan konflik dari luar (Rom) dan dalam (perebutan kuasa). Ketika baginda berusia awal belasan tahun, baginda telah menyaksikan kejatuhan ayahandanya sendiri apabila ayahandanya menjadi boneka Empayar Rom akibat bebanan hutang yang terlalu tinggi tetapi masih mengharap agar Rom tidak menakluk Mesir. Keadaan itu menyebabkan Ptolemy XII diusir rakyat dari Iskandariah lalu melarikan diri ke Rom. Pada 58 S.M., ibundanya,Cleopatra V mengambil alih tampuk pemerintahan bersama anaknya yang kedua, Berenice IV selama setahun sehingga ibundanya mangkat lalu Berenice IV memerintah seorang. Konflik perebutan takhta di antara Berenice IV dengan Cleopatra VI telah menyebabkan kematian. Terdapat pendapat mengatakan yang Berenice IV meracuni Cleopatra VI pada 57 S.M., tetapi pemerintahannya tak lama apabila pada tahun 55 S.M., ayahanda mereka mengambil semula takhta dan menghukum bunuh ke atas anaknya, Berenice IV. Ini menjadikan Cleopatra sebagai puteri mahkota.Dari ayahandanya, Ptolemy XII, Cleopatra mengetahui akan kekuatan leluhurnya (datuk moyang). Leluhurnya telah melakukan penaklukan hebat hampir 3 abad yang lalu. 

Nenek moyang Cleopatra

Keturunan Ptolemy telah memerintah Mesir sejak 305 S.M, apabila Ptolemy I menggelarkan dirinya Raja Mesir selepas kemangkatan Alexander Agung. OK, jom mula dengan kisah Alexander dulu.
Sebelum kedatangan Alexander, rakyat Mesir purba di bawah kekuasaan empayar Parsi. Akibat kejatuhan Parsi di tangan Alexander, Alexander dialu-alukan di Mesir pada tahun 332 S.M. Sejak pengisytiharan Alexander sebagai "Anak Amon" di Tempat Pemujaan Amon di Siwa, kini dia sudah bergelar Firaun.

Alexander memulakan pembinaan Iskandariah tetapi meninggalkan Mesir pada 331 S.M. dan menjadikan Cleomenes dari Naukratis untuk mengambil alih. Kemudian, Ptolemy menuntut kembali di pihak Alexander. Apabila Alexander mangkat, jeneral baginda membahagikan wilayah taklukan baginda lalu Ptolemy mewarisi kerajaan Mesir. Maka, bermulalah Dinasti Ptolemaik. Oleh kerana keturunan Ptolemy yang dari Yunani tidak beberapa bergaul dengan rakyat Mesir (walaupun diglear Raja Mesir), budaya Yunani telah diperkenalkan di Mesir.
Tiga Ptolemy yang pertama telah berjaya meluaskan empayar Mesir menjangkaui lebih dari sempadan asal. Malangnya, ketika menjelang era Cleopatra, empayar itu mengecut malah empayar itu ditekan oleh kerajaan Rom yang semakin menguat dan hutang yang bertambah akibat kelalaian raja Ptolemy yang kemudiannya. Tetapi, Mesir bernasib baik kerana kebanyakan jirannya sudahpun ditakluki Mesir. Perkara ini membangkitkan semangat Cleopatra untuk kembali menaikkan kegemilangan lelehur baginda. Baginda ingin mengembalikan visi Hellenistik (gabungan Timur dan Barat).


Kepintaran dan Pertabalan Cleopatra

Baginda diberikan pendidikan terkuat dan terkini menurut sukatan kurikulum termaju Yunani. Malah, baginda merupakan Ptolemy pertama yang mempelajari bahasa Mesir kerana sebelum itu, bahasa Yunani digunakan dan penterjemah diupah. Cleopatra dikatakan menguasai 9 bahasa (tidak termasuk Bahasa Latin) malah baginda juga pakar matematik dan perniagaan. Kepintaran baginda dihormati seluruh rakyat.
Pada tahun 51 S.M., Ptolemy XII mangkat. Takhta diwariskan kepada baginda yang masih berusia 18 tahun. Yang mengejutkan baginda, dia berkongsi takhta dengan adindanya, Ptolemy XIII yang masih berusia lebih kurang 10 tahun. Menurut undang-undang Mesir, Cleopatra telah dipaksa berkahwin dengan keturunannya sendiri. Baginda menerima tanpa terlalu mengendahkannya kerana baginda menerima takhta dengan cabaran yang sudah terikat bersama. Baginda mahu mengekalkan Mesir dari dijajah Rom dan berharap agar dapat menakluk semula jajahan leluhur baginda.