Sunday, July 17, 2011

qpqkqh mqlqm nisfu syq'bqn

Berikut Hadis – Hadis yang menerangkan kelebihan malam Nisfu Sya’ban
1. Dari sayyidina Ali: Baginda Rasulullah SAW maksudnya: Apabila datang malam nisfu sya’ban maka beribadahlah di malamnya dan puasalah di siang harinya sesungguhnya Allah menurunkan rahmatNya dan para Malaikatnya pada malam itu dan berkata siapa yang minta rezeki ku beri, siapa meminta keselamatan aku pelihara, siapa yang hendak sesuatu maka akan ku kabulkan sampai terbit fajar.

2. Dari Muaz bin jabal, Bersabda baginda RasulullahuSAW maksudnya: pada malam nisfu sya’ban menurunkan Allah akan RahmatNYA dan para malaikatnya maka mengampuni Allah akan Dosa-dosa hambanya.
Di riwayatkan bahawa pemindahan semua perkara dari lauhil mahfuz pada malam nisfu sya’ban dan selesai pada malam lailatul Qadar Di serahkan urusan rezeki pada Malaikat Mikail urusan perang/gempa/bencana pada Malaikat Jibril , urusan amal pada Malaikat penghulu langit dunia dan urusan Musibah pada Malaikat maut.

3. Daripada sayyidah Aisyah  berkata:
Malam nisfu sya’ban aku terbagun dan rasulullah tidak ada di sampingku maka aku cari dan ternyata baginda ada di pekuburan sambil memandang ke langit kemudian berkata sungguh Allah menurunkan rahmatNya dan MalaikatNya ke langit dunia pada malam nisfu sya’ban dan mengampuni dosa hambanya 

4. Daripada Sayidah Aisyah berkata:
Rasulullah berdiri sembahyang dan kemudian sujud sangat lama sehingga aku menyangka beginda telah wafat. Was – was aku melihat sedemikian maka aku gerak-gerakan hujung kaki beliau maka bergeraklah.  Kemudian aku kembali ke rumah dan ketika beginda selesai dari sembahyang,  Baginda datang dan berkata: ” tahukah kamu malam apakah ini?
Berkata Aisyah: Allah dan Rasulnya yang lebih tahu
Berkata Baginda : Malam ini adalah malam Nisfu sya’ban sesungguhnya Allah Memandang dan mengampuni Hamba-hambanya pada malam ini.

5. Dari Naufal al bakali bahwasanya sayidina Ali keluar rumah pada malam nisfu sya’ban dan memandang kelangit sambil berkata keluar pada malam nisfu sya’ban nabiullah Daud alaihissalam dan memandang kelangit dan berkata Ya Allah sesungguhnya malam ini adalah malam mustajab do’a tidak berdo’a seseorang melainkan engkau kabulkan.
6. Diriwayatkan dari Ka’ab al ahbar berkata:
Sesungguhnya Allah Mengutus malaikat Jibril pada malam nisfu sya’ban ke syurga dan memerintahkan  dihiaskan syurga.  Allah melepaskan dari api neraka pada malam ini hambanya sebanyak bilangan bintang di langit, sebilangan hari dan malam di dunia, sebilangan daun-daun pepohonan, seberat gunung-gunung dan sebilangan pasir-pasir.

7. Pada malam Nisfu Sya’ban Allah menambahkan air Zam Zam.
  
Faedah amalan pada Nisfu Sya’ban
Disunatkan menghidupkan dan menghidupkan malam Nisfu sya’ban dengan beribadah seperti sembahyang sunat tasbih, Baca Alquran, Berzikir, Selawat, dan Berdoa dengan niat:
1. Panjang umur sihat wal’afiat dalam taat dan ibadah kepada Allah.
2. Selamat dari pada musibah, bala, penyakit, wabak penyakit.
3. Minta rezeki yang halal dan kaya hati dari sekalian makhluk dan mati dalam keadaan husnul khatimah baik kesudahan.
4. Dan sekurang-kurangnya pada malam Nisfu Sya’ban beribadah dengan mengerjakan Solat Isyak berjamaah dan Solat Subuh berjamaah.

Sumber: 
http://akuislam.com nqk tqw lebih lqnjut clik jerk kt qku islqm niyh ...

Wednesday, July 13, 2011

minum berdiri ...


Islam adalah sebuah agama yang lengkap memberi panduan dan adab, yang meliputi semua tatacara kehidupan manusia.  Adab menuntut ilmu, adab terhadap ibubapa, perkahwinan dan begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.
Anda pernah minum berdiri?  Minum berdiri ini agak biasa dalam masyarakat kita hari ini.
Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari anas ra, sesungguhnya nabi Muhammad saw melarang minum berdiri. Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh muslim didalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771
.

Dari Sudut Sains
Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.
Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.
Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.
Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.
Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak.

air zam – zam


=>> molikul2 air zamzam















Menurut kajian pakar, air zam-zam mengandungi fluorida yang memiliki daya efektif membunuh kuman serta ia mengandungi kalsium dan garam magnesium yang tinggi berbanding air biasa, dari segi saintifik air zam-zam bersifat alkali, jadi air zam-zam boleh meneutralkan asid hidroklorik yang terhasil di dalam perut dan mengurangkan pedih ulu hati.
Selain itu, air zam-zam juga mengandungi iodin, sulfat dan nitrat. Kandungan makronutrien yang tinggi khususnya magnesium, sodium dan potassium menyebabkan air zam-zam bersifat nutritif berbanding sumber lain, inilah yang membuatkan air zam-zam dapat menyegarkan para jemaah haji yang meminumnya dan memberi ketahanan antibodi kepada orang yang meminumnya.


Sumber: 
http://akuislam.com ... klqu kowqnk nk tgok lbih lqnjut tgok r kt situ

Monday, April 11, 2011

crop circle



Satu lagi fenomena aneh di dunia yang  sulit untuk dipecahkan oleh akal normal manusia bahkan ahli ilmuwan sekalipun, iaitu Crop circle.
Crop Circle merupakan fenomena alam penuh misteri yang  sering di jumpai. Sudah _ading 350 tahun semenjak kemunculannya pertama kali di England pada tahun 1647, sampai sekarang belum ada jawapan yang pasti bagaimana cara  kejadian aneh ini terbentuk.

Crop circle adalah suatu bentuk lingkaran dan bentuk bentuk lain seperti geometri (dan kebanyakan berukuran besar serta luas ), bahkan ada juga yang yang biasa ditemui membentuk   mahkluk hidup seperti kalajengking,bunga matahari,Lebah,dan lain – lain diladang pertanian khususunya gandum.
Di _ading_, Canada, Amerika, Australia dan Jepun, banyak ditemukan fenomena crop circle. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas sewaktu _ading pertanian ditumbuhi dengan tanaman.
Bentuk geometri itu kadangkala  berupa lingkaran- lingkaran atau  berbentuk rangkaian gambar yang unik, yang menunjukkan bahawa pembuatnya adalah makhluk yang pintar.
Tetapi crop circle ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan berbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan. Justeru itu, mahkluk apakah  membuat semua ini? Crop circle banyak dijumpai di selatan England
Banyak yang mengkaitkan crop circle ini dengan kegiatan spiritual kerana rangkaian bentuk geomtri yang terbentuk di _ading pertanian itu (gambar-gambar itu terbentuk dengan tanaman yang rebah ).

Menurut informasi yang ada, kemunculan fenomena crop circle ini sering disertai  dengan pemunculan ufo yang berbentuk bola cahaya. Sebuah video yang _ading_ merekam proses terjadinya sebuah crop circle (di oliver’s castle tahun 1996, lihat foto atas) menunjukkan bahwa sebuah crop circle terbentuk dalam waktu hanya sekitar 20 saat saja, padahal besarnya mencapai puluhan meter.
Fenomena ini dikatakan telah muncul sejak ratusan tahun lalu. Sebuah ukiran pahatan kayu dari abad 17 yang dinamakan “Mowing Devil” menunjukkan ada makhluk yang dipercaya adalah syaitan, membuat kerosakan berupa lingkaran di _ading pertanian.
Kemunculan crop cirle di Rusia beberapa tahun yang lalu sangatlah menakjubkan,dimana mereka  muncul  bersilih berganti. Masyarakat sekitar yang melihatnya  kebingungan bagaimana cara crop circle dapat terbentuk  dalam waktu secepat itu.dalam semalaman sahaja.Sekitar 6-7 crop circle dengan ukuran yang besar telah terbentuk di _ading gandum mereka.
Yang membuat mereka semakin   kagum adalah macam-macam bentuk dari crop circle itu sendiri,ada yang membentuk  bunga matahari yang luar biasa indahnya. Sehingga saat ini,banyak spekulasi dan pandangan mengenai _ading_ terbentuknya Crop Circle.
Ada yang beranggapan fenomena tersebut memang dibuat oleh manusia,tapi ada pula yang beranggapan ianya adalah dari proses kejadian  alam.  Lingkaran aneh serta misteri di _ading gandum adalah _adin yang selalu menarik perhatian dan penelitian dari kalangan ilmuwan, dan hingga kini belum ada kesimpulan atas sebab terjadinya fenomena tersebut,
.
.
Berikut beberapa kesimpulan yang dibuat tentang terjadinya Crop Circle :
§  Perbuatan manusia
Sebenarnya sulit untuk mempercayai   ini adalah perbuatan manusia. Cukup ramai yang beranggapan bahawa apa yang disebut lingkaran _ading gandum itu tidak lebih dari perbuatan gila seseorang.
Menurut seorang saintis, Anderro dari England  yang telah menyelidiki sekaligus meneliti fenomena tersebut selama 17 tahun lamanya, bahawa ada sekitar 80% lingkaran _ading gandum itu merupakan buatan manusia. Seorang warga England  pernah  mengakui kepada media massa, bahawa dia dan beberapa rakannya  adalah pembuat lingkaran _ading gandum di London, _ading_.

Menurut mereka, sebelum mereka membuat itu (crop circle),  mereka telah mempersiapkan  design crop circle diatas kertas. Ketika gandum di _ading _ading matang,  sebuah paku panjang dipacakkan di _ading gandum dan paku itu dijadikan sebagai pusatnya. Seterusnya, mereka akan melingkari permukaan tanah dengan tali, lalu muncullah sebuah lingkaran _ading gandum.
Kekeliruan disini adalah, apakah mungkin dia dapat membuat lingkaran tersebut dalam masa satu malam sahaja  tanpa alat bantu yang memadai? Dan tujuan mereka membuatnya untuk apa?
§  Medan magnet
Sebahagian lingkaran aneh tersebut dikatakan terjadi akibat “dosa” manusia.  Struktur gambar  crop circle (lingkaran aneh) yang rumit, ukurannya yang besar,  rekabentuk yang indah, sama sekali bukan hasil buatan manusia yang dapat dilakukan dalam waktu semalam.
Meskipun Anderro bekeras mengatakan bahwa 80% lingkaran _ading gandum itu adalah buatan manusia, namun, dia juga yakin, bahawa 20% bakinya adalah pembentukan semulajadi kerana kesan medan magnet bumi.
Menurut teori, medan magnet mempunyai suatu daya gerak yang tidak dapat dilihat,yang dapat menghasilkan suatu  arus elektrik, menyebabkan  tanaman “berbaring mendatar” di atas permukaan tanah.
Ahli sains yang mengeluarkan teori ini, Jeffery Walson, telah meneliti 130 lebih lingkaran _ading gandum, dan mendapati bahawa 90 % disekitar lingkaran aneh tersebut terdapat satu medan yang berhubungan dengan kabel voltan tinggi.
Di bawah panjang garis keliling sepanjang 270 meter tersebut terdapat sebuah kolam, oleh kerana kolam itu mengairi lading itu, maka ion yang dikeluarkan tanah dari bahagian dasar _ading gandum  menghasilkan cas elektrik _ading_e, sedangkan medan yang berhubungkan dengan kabel bervoltan tinggi menghasilkan cas elekrik positif.
Setelah cas elektrik _ading_e dan positif bersentuhan, maka ia  menghasilkan daya electromagnetic dan merobohkan gandum, lalu membentuk lingkaran aneh. Namun begitu,  saintis ini tidak dapat memberikan  jawapan  bagaimana bentuk – bentuk aneh itu dapat terbentuk.
§  Angin Tornado
Menurut ahli fizik dari Universiti  Michigan, AS, Dr.Delon Smith, mengatakan bahawa perubahan musim panas yang tidak menentu telah menghasilkan angin tornado dan dikatakan sebab utama terjadinya lingkaran aneh itu.
Melalui  kajiannya, dia mendapati, bahawa sejumlah besar crop circle di _ading gandum  muncul  di _ading yang berdekatan dengan gunung atau daerah yang berjarak 60-70 km dari gunung, dimana tempat seperti ini adalah tempat yang mudah  membentuk angin tornado. Tetapi apakah angin tornado dapat membuat lingkaran dengan ketelitian sebegini?
§  Buatan makhluk asing
Sehingga kini banyak pihak yang meyakini, bahawa sebahagian besar crop circle di _ading gandum terbentuk dalam tempoh satu malam, besar kemungkinan adalah hasil karya makhluk  asing.
Sejak 1990, Photographer Alexander mengatakan bahawa dia melihat cahaya yang ganjil di _ading gandum, cahaya itu terbang kesana-kemari di antara kedua lingkaran aneh.

Thursday, March 24, 2011

Sejqrqh sqmbutqn vqletine



Saya rasa semua orang dah tahu bahawa menyambut Valentine itu haram. Jadi entri kali ni mengisahkan sejarah asal usul sambutan valentine kerana masih ramai yang tak tahu mengenainya. :)
Sejarah Valentine :
1. Versi pertama adalah kisah Pendeta St.Valentine yang hidup di akhir abad ke 3 M di zaman Raja Romawi Claudius II. Pada tanggal 14 Februari 270 M Claudius II menghukum mati St.Valentine yang telah menentang beberapa perintahnya. Claudius II melihat St.Valentine mengajak manusia kepada agama nashrani lalu dia memerintahkan untuk menangkapnya.
2. Versi Kedua menceritakan bahawa Claudius II memandang para bujangan lebih tabah dalam berperang daripada mereka yang telah menikah yang sejak semula menolak untuk pergi berperang. Maka dia mengeluarkan perintah yang melarang pernikahan. Tetapi St.Valentine menentang perintah ini dan terus mengadakan pernikahan di gereja dengan sembunyi-sembunyi sampai akhirnya diketahui lalu dipenjarakan. Dalam penjara dia berkenalan dengan puteri seorang penjaga penjara yang terserang penyakit. Ia mengobatinya hingga sembuh dan jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum mati, dia mengirim sebuah surat yang bertuliskan “Dari yang tulus cintanya, Valentine.”
3. Versi ketiga menyebutkan ketika agama nashrani tersebar di Eropa, di salah satu desa terdapat sebuah tradisi Romawi yang menarik perhatian para pendeta. Dalam tradisi itu para pemuda desa selalu berkumpul setiap pertengahan bulan Februari. Mereka menulis nama-nama gadis desa dan meletakkannya di dalam sebuah kotak, lalu setiap pemuda mengambil salah satu nama dari kotak tersebut, dan gadis yang namanya keluar akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun. Ia juga mengirimkan sebuah kartu yang bertuliskan: “Dengan nama tuhan Ibu, saya kirimkan kepadamu surat ini.” Akibat sulitnya menghilangkan tradisi Romawi ini, para pendeta memutuskan mengganti kalimat “dengan nama tuhan Ibu” dengan kalimat “dengan nama Pendeta Valentine” sehingga dapat mengikat para pemuda tersebut dengan agama Nashrani.”


Pokoknya, usul penyambutan Valentine adalah terang-terangan haram. Sebagaimana haramnya menyambut tahun baru, christmas, deepavali dan apa juga perayaan yang lain.
Kita orang Islam tidak sesekali menyambutnya. Cuma kita hanya menghormati sesiapa yang menyambutnya dengan penghormatan sebagai manusia dengan manusia. Tetapi menyambutnya? Kita tidak sesekali menyambutnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia adalah dari kaum tersebut”Hadith riwayat Tarmidzi.
lagi perayaan ini membuka pintu kepada maksiat seperti ikhtilat dan zina, maka sesungguhnya perayaan ini menjadi satu perayaan yang terkeluar dari sambutan orang Islam.
Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32.

Tuesday, March 15, 2011

bulqn dq terbelq ...

Paradigma mukmin
Telah dekat datangnya saat itu (hari kiamat) dan telah terbelah bulan. (Al-Qamar (54): 1)

Kisah Terbelahnya Bulan
Lima tahun sebelum Nabi saw berhijrah dari Makkah ke Madinah, ada sekelompok orang Quraisy yang datang menemui baginda dan mengatakan: “Hai Muhammad, jika engkau benar-benar seorang nabi dan rasul maka datangkanlah bukti yang menunjukkan bahwa engkau memang benar-benar seorang nabi dan rasul.”
Maka Nabi bertanya kepada mereka: “Apa yang kalian inginkan?”
Mereka berkata dengan tujuan melemahkan dan menantang: “Belahlah untuk kami rembulan itu!”
Nabi SAW lantas berdiri beberapa saat. Baginda berdoa kepada Allah swt agar memberikan pertolongan untuknya dalam situasi seperti ini. Allah swt lantas memberikan ilham kepada baginda untuk berisyarat dengan menggunakan jari tangan baginda ke arah bulan. Tiba-tiba  bulan tersebut terbelah menjadi dua bahagian. Satu bahagian menjauh dari bahagian yang lain selama beberapa jam kemudian bersatu kembali.
Maka orang kafir berkata: “Muhammad telah menyihir kita!”

Paradigma mukmin
Akan tetapi orang-orang yang cerdas diantara mereka mengatakan: Sesungguhnya sihir itu terkadang dapat mempengaruhi orang-orang yang menyaksikannya dan tidak dapat mempengaruhi seluruh manusia. Maka tunggulah rombongan yang datang dari perjalanan.”
Maka orang-orang kafir bergegas keluar menuju pintu-pintu kota Makkah untuk menunggu orang-orang yang datang dari perjalanan. Ketika rombongan pertama datang, orang kafir bertanyakan kepada mereka: “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh terjadi pada bulan itu?”
Mereka menjawab: “Ya, benar. Pada malam itu kami melihat  bulan itu telah terbelah menjadi dua dan saling berjauhan satu dari yang lain kemudian kembali bersatu.”
Maka berimanlah sebagian dari mereka dan kafirlah orang-orang yang tetap kafir. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman :
“Telah dekat datangnya saat itu (hari kiamat) dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat suatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang terus menerus”. Dan mereka mendustakan (Nabi) dan mengikuti hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap urusan telah ada ketetapannya. (Al-Qamar (54): 1-3).

Kisah Dari Sudut Moden (Angkasawan Amerika Ke Bulan)
Paradigma mukmin
Apollo 11 adalah misi luar angkasa pertama yang berjaya membawa manusia ke Bulan dan kembali dengan selamat. Apollo 11 merupakan salah satu dari projek NASA yang terbesar dengan belanja melebihi 100 billion Dollar, disaat negara Amerika mengalami kemelesetan ekonomi. Projek ini adalah salah satu perlumbaan meneroka angkasa semasa era perang Dingin dengan Soviet Union.
Apollo 11 dilancarkan pada 16 Julai 1969 menggunakan roket Saturn V dan tiba di bulan pada 20 Julai pada tahun yang sama. Pada saat mendarat di bulan, pesawat luar angkasa ini membawa Neil Armstrong, Edwin Aldrin, dan Michael Collins.
Disebalik kejayaan mendarat di bulan, para astronout ini secara tidak langsung telah membuat penemuan bahawa bulan pernah terbelah dua. Berikut adalah dialog semasa astronout ini diwawancara di sebuah stesen televisyen :
Pengacara: “Apakah rasional membelanjakan lebih dari 100 milion dolar Amerika hanya untuk mendaratkan seorang ilmuwan Amerika di atas bulan?”
Astronout : “Tidak, tujuannya bukan untuk mendaratkan ilmuwan Amerika di atas bulan, tetapi kami mengkaji struktur geologi bulan dari bahagian dalam.
Dan kami pun telah menemui satu penemuan saintifik, seandainya kita menghabiskan berjuta – juta dollar untuk membuat orang percaya terhadap penemuan tersebut, tentu tidak ada orang yang mempercayai kami.”
paradigma mukmin
pengacara: “ apakah penemuan itu?”
Astronout: “Bulan ini pernah terbelah pada suatu ketika kemudian bersatu kembali.”
Pengacara bertanya: “Bagaimana anda mengetahui hal itu?”
Astronout menerangkan: “Kami mendapatkan sebuah sampel dari bebatuan yang membelah bulan dari permukaan hingga ke bahagian dalamnya. Kami membuat kajian dan berdiskusi dengan para pakar  geologist dan mereka mengakui bahawa hal tersebut tidak mungkin terjadi kecuali jika bulan pernah terbelah kemudian bersatu kembali”